MENYEDIAKAN KHIDMAT RUNDINGAN LANDSKAP DAN BINAAN LANDSKAP

Di sini juga disediakan khidmat rundingan landskap dan binaan landskap untuk kesesuaian 'budget' bagi semua pihak.

untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi no 012-3670570 untuk keterangan dan rundingan

Saturday, February 21, 2009

KEPENTINGAN RUANGAN HIJAU

SUASANA hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu bertandang.

Berlatarkan tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol menyambut kehadiran keluarga serta tetamu.Reka letak dan perancangan teliti tumbesaran setiap tanaman itu membuatkan visual pemandangan tetap mengilhamkan ketenangan sepanjang masa.Suasana redup dan nyaman lebih terasa di laman kediaman teres tiga tingkat itu kerana pepohon yang ditanam berfungsi mendinginkan suasana.

Susunan menarik pasu yang ditanam pelbagai jenis tanaman dan digantung pada sudut khas di laman menggambarkan latar landskap tersendiri.Kehadiran kerusi santai benar-benar memberi peluang keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban waktu.Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari ketenangan sepanjang masa.

Bukan sekadar pada laman keindahan semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan suasana.

Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau menjalar sebagai latar kemasan dinding sekali gus membuatkan suasana di ruang berkenaan sejuk mendamaikan. Kehijauan dan kesegaran pepohon menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap kali berehat di satu-satu ruang itu sambil mata disajikan dengan pemandangan semula jadi. Walaupun kebanyakan pokok dalam rumah tidak memerlukan cahaya matahari, binaan ruang yang membenarkan cahaya masuk turut dilakukan supaya tumbesarannya tidak terganggu.

Sentuhan kreatif turut diketengahkan kerana semua pepohon hijau menjalar dalam ruang kediaman itu ditanam dalam pasu kraf menarik. Tanaman juga memerlukan perhatian seperti diri kita kerana setiap perkembangan amat penting selain memupuk rasa cinta terhadap kehijauan alam. Paling penting beri tumpuan kepada rutin siraman, pembajaan dan penukaran tanah dalam pasu harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

2 comments:

  1. xder keje kosong ka bro...
    sy pun ambk dlm bidang nie jgk..
    dkt ikbn..

    ReplyDelete
  2. AprCasino: All the Best Casino Bonuses 2021 - AprCasino
    AprCasino's list of online casino bonuses and promotions. Enjoy the top free spins bonuses 카지노 사이트 홍보 for new players at AprCasino.

    ReplyDelete