MENYEDIAKAN KHIDMAT RUNDINGAN LANDSKAP DAN BINAAN LANDSKAP

Di sini juga disediakan khidmat rundingan landskap dan binaan landskap untuk kesesuaian 'budget' bagi semua pihak.

untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi no 012-3670570 untuk keterangan dan rundingan

Saturday, February 21, 2009

KEPENTINGAN RUANGAN HIJAU

SUASANA hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu bertandang.

Berlatarkan tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol menyambut kehadiran keluarga serta tetamu.Reka letak dan perancangan teliti tumbesaran setiap tanaman itu membuatkan visual pemandangan tetap mengilhamkan ketenangan sepanjang masa.Suasana redup dan nyaman lebih terasa di laman kediaman teres tiga tingkat itu kerana pepohon yang ditanam berfungsi mendinginkan suasana.

Susunan menarik pasu yang ditanam pelbagai jenis tanaman dan digantung pada sudut khas di laman menggambarkan latar landskap tersendiri.Kehadiran kerusi santai benar-benar memberi peluang keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban waktu.Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari ketenangan sepanjang masa.

Bukan sekadar pada laman keindahan semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan suasana.

Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau menjalar sebagai latar kemasan dinding sekali gus membuatkan suasana di ruang berkenaan sejuk mendamaikan. Kehijauan dan kesegaran pepohon menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap kali berehat di satu-satu ruang itu sambil mata disajikan dengan pemandangan semula jadi. Walaupun kebanyakan pokok dalam rumah tidak memerlukan cahaya matahari, binaan ruang yang membenarkan cahaya masuk turut dilakukan supaya tumbesarannya tidak terganggu.

Sentuhan kreatif turut diketengahkan kerana semua pepohon hijau menjalar dalam ruang kediaman itu ditanam dalam pasu kraf menarik. Tanaman juga memerlukan perhatian seperti diri kita kerana setiap perkembangan amat penting selain memupuk rasa cinta terhadap kehijauan alam. Paling penting beri tumpuan kepada rutin siraman, pembajaan dan penukaran tanah dalam pasu harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Sunday, February 15, 2009

LANDSKAP SEMULAJADI




Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".

Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.

Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:

pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;
perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan; dan
pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.





Tuesday, February 10, 2009

LANDSKAP MODEN



English nature/ romantic period (1715-1837)

Sejarah

· Peperangan dengan Perancis;

· Kebanyakan penduduk berhijrah ke bandar akibat revolusi industri;


Kebudayaan Landskap

· Minat kepada nilai estetik tidak formal dp formal;

· Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam landskap sebenar (picturesque)

· Penekanan kepada landskap semulajadi dan ekologi;

· Mulanya pembinaan landskap yang “romantik”;

· Penolakan kepada idea landskap geometri

Cth: Longleat, Chatsworth, Kew Garden.


Urban residential squares

· Pembinaan banyak bangunan yang mempunyai taman (squares) di bahagian tengah dan kawasan belakang (back yard) yang boleh ditanam.

Cth: King’s Circus, Bloomsbury square



Urban “country parks” created from royal properties

· Taman buruan raja-raja ditukar kepada “pleasure parks” yang kebanyakkanya dikelilingi oleh rumah-rumah teres dan bangunan-bangunan;

Cth: Regent’s Park, St James’s Park;


Urban country parks created on newly acquired public lands

· Dibina atas dasar keperluan, akibat penghijrahan penduduk, terutamanya golongan “working class” dari kampung ke bandar;

· Taman direkabentuk menurut ciri-ciri rekabentuk Inggeris;

· Menjadi rujukan bagi Frederick Law Olmstead (1850-1852) untuk di guna di Amerika;

Cth: Victoria Park, Birkenhead Park;



Vocabulary: Picturesque, Serpentine, Ha-Ha, Abroretum, Folly



American Environmental Design (1600-1993)

Geografi:

Mempunyai kepelbagaian yang ketara: bukit, gunung, tanah pamah padang-pasir etc;

Kebudayaan:

Amerika diterokai oleh pelbagai bangsa yang datang ke sana untuk pelbagai tujuan (spt: ekonomi, kebebasan bersuara, politik etc)


Ekspresi rekabentuk:

1. Colonial period (1620-1791)

(Taman residensi di New England)

· Banyak ditanam dengan “herbs” dan tumbuhan berbunga;

· Dikelilingi tembok batu;

· Berhampiran dapur atau pintu masuk;

· Banyak menggunakan elemen seperti pagar kayu, kerusi verandah, “arbors” & “topiary”


(Taman residensi di bahagian selatan)

· Banyak terdapat “townhouse garden” dimana saiznya sederhana dan berunsurkan geometri;


2. American National (Classical period 1791-1830)

· Perancangan bandar;

· Rekabentuk kawasan perumahan berdasarkan komposisis geometrik composition;

· Era “botanical gardens” dan “horticultural nurseries”;


3. American Romantic (1831-1869)

· Landskap Inggeris diikuti (natural and picturesque)

· Kawasan rekreasi taman & keperluan awam ditingkatkan (park, cemetries)


4. Expansion of the landscape profession (1869-1960)

· Perubahan penekanan daripada “romantic” kepada teknik perlandskapan yang sistematik dan rational berdasarkan methodologi rekabentuk (conformity to landforms, microclimate & existing vegitation).


Vocabulary: Art nouveau, garden city parkway, vest pocket parks


SENITAMAN ORIENTAL

Kategori utama:

· China

· Jepun


China

Tradisi senitaman China – apresiasi kepada alam sekeliling

(Confusius, Lao-Tse, Buddha)


Sifat senitaman China:

· Skala yang infinite;

· Organisasi yang “natural” dan tidak pernah “symetrical”;

· Komposisi yang “pictorial” : gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan dan air.

· Elemen landskap semulajadi China banyak diilhamkan dalam lukisan-lukisan serta kaligrafi Cina.

· Mempunyai asal-usul kepada kebudayaan masyarakat Cina.

· Komponen utama landskap:

· Tumbuh-tumbuhan, air, jambatan, struktur binaan (biasanya kayu) spt pondok serta batu-bata.


Jepun

· Budaya Jepun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kebudayaan di China;

· Senibina landskap jepun direkabentuk sebagai “microcosm” di mana segalanya berkaitan dengan alam tabie;

· Terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi – Sakuteiki, Cth: Terdapat penerangan tentang 10 jenis pergerakan air (linear, glide etc.)


Ciri-ciri senitaman jepun :

1. hill garden (tsuki-yama)

2. level garden (hira-hiwa)

3. tea garden (cha-seki)

Monday, February 9, 2009

LANDSKAP DAN PENGURUSAN TAMAN




PENGERTIAN SENIBINA LANDSKAP

1. Menurut Laurie (1975):

Senibina Landskap bermaksud:
“Perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam”.

Perancangan membawa erti:
“Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu di urus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat”.

Rekabentuk pula bermaksud:
“Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah di tentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi”.


2. Menurut Hubbard dan Kimball (1917):

Senibina landskap merupakan:
“Seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara”.

3. Menurut Garrett Eckbo (1950),


Senibina landskap merupakan:
“sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan)


SEJARAH AWAL SENIBINA LANDSKAP

Perancangan dan pembangunan landskap bagi tujuan pertanian dan keperluan sosial telah bermula sejak tamadun awal Mesir, China dan Asia Tengah.

Pendekatan perancangan dan pembangunan landskap masa kini adalah dipengaruhi oleh pengalaman, tradisi dan amalan masyarakat kita pada masa lampau.

Cara-cara bagaimana manusia merancang dan membangunkan landskap boleh dilihat sebagai suatu “continuum”.

continuum

“minimum destruction” “maximum destruction”

Gutkind (1952) mengenal pasti 4 peringkat hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya berdasarkan apa yang dikenali sebagai “I-Thou” dan “I-It”.

“I-Thou” bermakna:
hubungan adaptasi manusia dengan alam sekitarnya.

“I-It” bermakna:
hubungan manusia menawan alam sekitarnya.

Empat peringkat hubungan manusia dengan alam sekitarnya:

1. Ketakutan kepada kuasa alam semulajadi serta keinginan untuk selamat. (Masyarakat primitif: memburu, bercucuk tanam serta pergantungan kepada alam sekitar). “I-Thou”

2. Mula wujud perasaan yakin sehingga membawa kepada adaptasi kepada persekitaranya bagi memenuhi keperluan. Peringkat ini juga menyedari limitasi di dalam memanipulasi alam sekitar. (Seni landskap Mesir, sistem pertanian China). “I-Thou”

3. Peringkat “aggression” dan “conquest” yang wujud masa kini. Melibatkan penggunaan teknologi moden. Banyak berlaku eksploitasi dan pembaziran sumber. (Sistem pembinaan lebuhraya) “I-It”

4. Peringkat masa hadapan di mana akan wujudnya perasaan tanggungjawab. Lebih sensitive kepada alam sekitar. (Bukti masa kini: kitar semula, pengunaan minyak tanpa plumbum, “safe the rain forest” dsb).



SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG

Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang senibina landskap sebagai:

“Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan – tukang kebun

Istilah “Arkitek landskap” (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.

Bidang kerja landskap arkitek biasanya mempunyai hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurus taman-taman.


KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP MODEN

1. Perancangan dan penilaian landskap

2. Perancangan tapak

3. Rekabentuk landskap


SEJARAH SENIBINA LANDSKAP

Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab:

1. Perhubungan manusia & persekitaran

2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman-taman masa kini dan masa hadapan

Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan
· fizikal,
· sosial,
· ekonomi


Fakta-fakta fizikal termasuk:

- iklim
- geografi


Fakta-fakta sosial termasuk:

Kepercayaan:

- kepercayaan agama
- kepercayaan tradisi dan amalan
- falsafah dan kesenian

Sejarah dan penyatuan kebudayaan:

-penjajahan
-perdagangan
-peperangan

Fungsi:

-pertahanan/keselamatan
-privacy
-territorialit
-cara hidup, habit & citarasa

Fakta Ekonomi:

-lambang kemewahan



Sejarah landskap boleh dibahagikan kepada:

· Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

· Zaman Purba/Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)

· Zaman Pertengahan (476-1350 A.D)

· Zaman Pembaharuan/Kebangkitan (Abad 14-17)

Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

Paleotic – Era Batu Lama (20,000 – 8,000 B.C)

· Manusia zaman ini mula munggunakan alat yang diperbuat daripada batu: kapak, pisau
· Kemahiran mula dipelajari.
· Suku kaum mula terbetuk
· Menyembah “tuhan” untuk kesuburan tanah dan monumen perkuburan dianggap keramat.


Zaman Neolitic- Era Batu Baru (8,000-3,300 B.C)

· Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian.
· Pandai menggunakan api.
· Aktiviti pertanian mula mencorakkan petempatan manusia dalam bentuk kampung & pekan.
· Perkelompokan manusia membawa kepada perkembangan kuasa yang dicerminkan melalui rekabentuk alam binaan.


Era Gangsa (3,500-3,000 B.C)

· Penempatan pekan menjadi bandar.
· Makanan mula diproses untuk disimpan.
· Kebolehan menulis.
· Ilmu kelogaman & tembikar.
· Wujudnya kelompok yang mahir menguasai buruh.


Zaman Purba & Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)
MESIR – “Land of the Pharoas”
(3500 B.C – 500 B.C)
Ciri-ciri:

· Kawasan pertanian yang cukup subur – Sg, Nile (dianggap suci).
· Ugama memainkan peranan yang utama dalam kehidupan masyarakat Mesir.
· Firaun disembah sebagai tuhan
· Upacara keagamaan banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi rekabentuk bangunan & landskap.
· Penggunaan garis lurus (linear) di dalam susunatur ruang luaran merupakan satu ciri utama senibina dan landskap Mesir.
· Taman-taman sering dipagari dan ditanam dengan pokok-pokok yang mempunyai kepentingan dari segi keagamaan seperti lotus, papyrus dan palma.
Cth: Thebes (2000 B.C)
Susunan tanaman berbunga, kolam, trelis, pohon buahan, pavillion dan sistem perairan di susun secara simetri.


The Great Pyramid (2560 B.C)
Kedudukan: 10 km barat daya dari Cairo di kawasan Giza dan di sebelah barat Sg. Nile.

“Sphinx”
· Di bina olek Pharoah Khafre.
· Menyerupai seekor singa berkepala manusia (kepala tersebut merupakan potret beliau).
· Berukuran 20m tinggi dan 73m panjang.
· Berkedudukan di hadapan The Great Piramid.

The Great Piramid
· Berketinggian 137m dan diperbuat daripada batu kapur (limestone) yang berukuran purata 2.5 ton metric setiap satu.
· Di bina hanya menggunakan landas angkat (ramp), roller dan ditarik oleh “ox”.
· Kedudukannya terletak di atas sekeping tanah yang telah diratakan dengan mempunyai ketepatan yang sangat jitu (ralat 2 cm).
· Tapaknya segiempat sama yang hampir sempurna (ralatnya beberapa cm sahaja).
· Pintu masuk adalah disebelah utara menggunakan lorong sempit kearah “Grand Gallery” yang menuju ke “King’s Chamber”. King’s Chamber terletak 42.7 m dari paras tanah.
· Terdapat 2 lagi ruang (chamber) di dalam piramid tersebut.
· Ketiga-tiga piramid yang terdapat di sini membentuk satu kompleks (complex) yang terdiri daripada kuil, piramid kecil (untuk isteri), makam paderi dan orang kenamaan.
· Kompleks ini juga dikenali sebagai “the city of the dead”
· Misteri pembinaanya:


Kenapa dibina?
Kenapa perlu mempunyai ketepatan yang sangat tinggi?


Babylon (600 –538 B.C)
Ciri-ciri:
· Terletak di lembah Euphrates.
· Bermulanya tamadun pertanian.
· Taman direkabentuk untuk memberi kegembiraan.
· Mempunyai sistem saliran yang baik.
· Kolam-kolam berfungsi untuk saliran dan bagi tujuan riadah disebabkan oleh cuaca yang panas.
· Teduhan dicapai melalui penanaman pokok-pokok pada sela yang tertentu.
· Taman-taman dipagari dengan dinding-dinding bagi mengelakan binatang dan penceroboh.
· Bandar-bandar bertembok dan organik.
· Kediaman dari tanah bakar.


Taman Tergantung Babylon (605 B.C)

· Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar untuk isterinya.
· Meliputi kawasan seluas 4 ekar.
· Terdiri daripada teras-teras bertingkat yang ditanam dengan tumbuhan dan dilengkapi dengan saliran.
· Mencapai ketinggian 300 kaki dan memberi pandangan lembah & gurun disekitarnya.


Parsi (Persia) 539 - 331 B.C
Ciri-ciri:
· Berkembang dikawasan antara Mesir dan India.
· Agama mistik.
· Dunia sebagai taman syurga.
· Raja-raja Parsi merekabentuk taman bagi tujuan hiburan, kesihatan & lambang kemewahan.
· Taman mempunyai dinding dan menara.
· Pohon buah-buahan dan bunga-bunga wangi merupakan ciri utama (spt. ros dan violet).
· Mempunyai sistem saliran seolah-olah ia menempatkan tanaman pertanian.
· Cuba meniru apa yang terdapat di dalam syurga menurut kitab-kitab.
· Air banyak digunakan (kolam, air terjun) dan menjadi pengaruh kepada taman Islam kemudiannya.


Yunani/Greek (Greece) 700 - 136 B.C
Ciri-ciri:
· Berdasarkan kepada falsafah logik dan bukan saintifik.
· Tamadun Greek merupakan penyumbang utama kepada tamadun barat dalam bidang-bidang seperti senibina, skulpur dan juga huruf (zaman Plato, Homer)
· Puisi-puisi Greek banyak memperkatakan tentang pokok-pokok, bunga-bungaan dan tanam-tanaman.
· Ketua-ketua & pemimpin-pemimpin memiliki villa & taman-taman.
· Bermulanya perancangan bandar (pengunaan sistem grid –iron)
· “Agora” merupakan kawasan lapang yang terdapat di bandar-bandar di Greece. (Walaubagaimanapun, kawasan lapang ini mempunyai ciri-ciri yang tidak teratur dan seperti kawasan yang tidak digunakan).
· Istana “Alexander the Great” diilhamkan dari idea-idea Parsi dan Mesir.


Bangunan Awam - The Parthenon
“The most perfect monument of ancient art and even in ruins an imposing and soul-stirring object” – Baedeker, 1889

· Dibina untuk Athena Parthenos (dewa pengawal Athens) oleh arkitek yang benama Iktinos.
· Dibina menurut rekabentuk “doric” dengan ukuran 70m panjang dan 30m lebar.
· Tiang-tiang dan rasuk (pediments and entablatures) diperbuat dp marmar, manakala bumbung dp kayu.
· Iktinos memastikan bahawa bangunan ini kelihatan indah menurut perspektif seseorang yang berada dihadapannya.
· Bangunan ini merupakan satu kuil yang menempatkan hasil kerja seni dan skulptur.

Rumah kediaman di zaman Greek
· Kepentingan taman-taman di kawasan kediaman tidak begitu ditonjolkan berbanding kawasan awam seperti agora, gimnasium & teater. Ruang tamu biasanya mempunyai “courtyard” yang diturap serta dihiasi patung-patung dan tanaman dalam pasu.